Wednesday, 25 September 2013

NASIHAT SEORANG KAFIR


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.




         Seorang pekerja Produa menceritakan kisah ini sekitar tahun 2007. Ketika membawa seorang bos dari Jepun atas urusan bisnes, beliau bersama seorang rakannya terpaksa bergegas ke Masjid untuk solat.

          Solat Jumaat memang ramai jemaah datang. Jadi sebelum pergi, rakan kepada pekerja Produa tersebut berkata kepada orang Jepun tersebut, "sir you don't worry, we wont take much time to pray. Just wait here for a moment." Jawapan orang Jepun tersebut, " not good, not good. You should spent more time with your god. You ask your god something so you should spent time more."

Terkedu dan  tersentak serta tidak terkata. Memang betul apa yang dikatakan oleh orang Jepun tersebut. Meminta kepada seseorang sahaja perlu berdepan memujuk dan sebagainya. Lebih terkejut mendengar respon dari Ninja yang asal daripada bumi penyembah matahari tersebut.

Ciri mukmin yang sejati adalah yang mampu bersabar menghabiskan masa untuk tuhannya dengan berzikir dan sebagainya.

MESYUARAT

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


       Rasulullah saw merupakan manusia yang sangat hebat. Baginda adalah seorang ayah, suami, pemimpin, yang mempunyai kebijaksanaan yang tidak terlawan. Walaupun begitu, dengan kepandaian dan kesempurnaan yang dimiliki, baginda sentiasa berbincang. Sentiasa bermesyuarat dalam perkara yang  yang penting. Keputusan yang dibuat bersama diambil kira.

Lihat dalam Peperangan Uhud. Sahabat daripada kalangan muda cenderung untuk bertempur di luar Madinah. Ketika itu sahabat dari kalangan tua bercadang bertahan di Madinah sahaja. Begitu juga Rasulullah saw berpandangan agar berada di Madinah. Selepas undian diadakan, ramai yang mengundi untuk keluar berperang ke Uhud.

Selepas itu sahabat melihat Rasulullah saw telah bersedia dengan memakai baju kelengkapan untuk pergi berperang. Walaupun Rasulullah saw lebih bersetuju untuk berperang di Madinah sahaja tetapi atas keputusan mesyuarat, baginda akur.

Rasulullah saw sebagaimana biasa mengarahkan kepada tentera dengan pembahagian tugasan masing-masing. Antaranya ialah pasukan pemanah yang perlu menjaga di atas Gunung Uhud. Mereka perlu berada di atas Uhud walau apapun yang terjadi. Tidak boleh berganjak daripada Uhud.

Ketika peperangan berlangsung pasukan pemanah tadi telah terlupa akan arahan supaya bertahan di Gunung Uhud. Mereka turun. Melihat keadaan itu Khalid Al-Walid pada ketika itu belum lagi memeluk Islam berjaya menawan uhud. Keadaan menjadi kelam kabut.  

Ramai sahabat syahid pada peperangan tersebut. Antaranya ialah bapa saudara nabi sendiri iaitu Hamzah r.a yang digelar Singa Allah swt. Rasulullah swt juga cedera dan mengalir darah suci baginda. Apa yang berlaku selepas itu?

Allah swt telah berfirman di dalam al-Quran 





159. Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu Berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.


[246] Maksudnya: urusan peperangan dan hal-hal duniawiyah lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lainnya.


Allah swt memberi arahan agar Rasulullah saw bermesyuarat lagi dengan para sahabat. Untuk mencari keputusan dengan perbincangan. Selepas membuat keputusan, maka bertaqwalah kepada Allah swt.Pentingnya mesyuarat di dalam perkara-perkara penting dilakukan. Keputusan mesyuarat diambil kira walaupun mempunyai kuasa membuat perubahan. Ini adalah ciri-ciri mesyuarat yang dikendali oleh Rasulullah saw. Insan agung yang sangat hebat.

Kelebihan Mempelajari Al-quran

Tuesday, 24 September 2013

27 LAWAN 1


Teks : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google
              


Solat merupakan rutin yang perlu dijaga. Ciri-ciri mukmin yang sempurna antaranya ialah mampu menjaga solatnya. Ini adalah talian hayat manusia dengan tuhannya. Pengalaman berada di bumi ambiyak memberi banyak keinsafan dan tauladan. Mereka sangat menjaga solat mereka. Samaada tua, muda, buta sentiasa bersemangat untuk solat.

Tatkala laungan azan kita dapat merasai keindahan suara azan tersebut. Bilangan masjid memang banyak. Begitu juga bilangan makmum. Boleh lihat dalam gambar di atas. Suasana solat terawih di alexendra. Mereka faham dan menghayati erti 27 lawan 1. 

27 lawan 1 ini telah diterangkan di dalam hadith. Sering kita dengar dahulu di tv3. Kelebihan mereka yang solat berjemaah. Allah swt memberi kelebihan 27 darajat berbanding solat sendirian dengan 1 sahaja. Itu belum kira hadith yang mengatakan setiap langkah kaki ketika berjalan menuju ke Masjid akan dinaikkan darjat. Sangat banyak pahala Allah swt hendak beri.

Pentingnya solat jemaah ini, sehinggakan diajar kepada para mujahidin yang dalam keadaan peperangan untuk solat berjemaah. Membuktikan pentingnya solat berjemaah ini. Selain ganjaran yang dikurniakan oleh Allah swt sudah pasti terdapat hikmah yang tersembunyi.

Kalau kira dapat melihat angka 27 itu dengan wang ringgit sudah pasti penuh masjid. Tetapi ia ganjaran yang tidak nampak pada mata kasar. Tetapi bagi hati yang suci angka 27 itu sangat memberi kesan. Terdapat satu kisah yang boleh diambil jadikan panduan.

Seorang ustaz dari Perak menceritakan kepada saya. Terdapat seorang hartawan yang selalu membawa seorang peneman beliau. Seorang lelaki yang diupah untuk mengikut beliau kemana sahaja beliau pergi. Jika ada urusan bisnes di luar negara juga akan dibawa peneman tersebut. 

Atas urusan apa membawa teman? Ditanya oleh lelaki yang menemani hartawan tersebut. "Apakah tugas saya?". Dia menjawab "anda hanya perlu meneman menjadi makmum saya ketika solat." Hebat bukan?
Hanya ingin mengejar solat jemaah sahaja.

Semoga kita diredhai olehNya. Amin.






Saturday, 21 September 2013

ANTA NAK KEMANA?

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Membaca al-Quran mengalirkan aura positif kepada pembacanya. Bila membaca al-Quran menjadikan diri seseorang itu berpaut dengan Allah swt. Ia juga teknik untuk menenangkan diri :-




Pembacaaan yang tenang dan tartil sebagaiman entry sebelum ini adalah kaedah membaca yang disarankan. Ketika dalam sembahyang bacaan secara tahqiq tidak sesuai. Mengambil kira keadaan jemaah yang pelbagai situasi mereka. Ada yang musafir. Ada yang sakit dan sebagainya.

Teringat kisah seorang sahabat ketika membaca al-Quran di hadapan guru beliau. Bacaannya memang lancar dan bertajwid. Cuma pada hari tersebut beliau membacanya dengan kadar yang lebih laju daripada biasa. Guru beliau agak tegas dan memang sentiasa menjaga kualiti bacaan dan hafalan masing-masing.

Oleh kerana bacaannya agak laju tuan guru pun bertanya,

Tuan guru bertanya dengan menegur : " Anta nak kemana laju sangat ni?"
Anak murid menjawab dalam keadaan terkejut : " Ana nak ke Mesir ustaz."

Tersenyum tuan guru dan rakan-rakan mendengar jawapan spontan tersebut. Dia pun terus membetulkan cara bacaan dengan memperlahankan sedikit bacaan beliau dengan hadar.

Membaca al-Quran dengan beradab menambah ketenangan yang pasti. Salah satu teknik mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran. 



Sekian.


jika ingin mengajar anak anda dengan cara interaktif dan menarik, boleh cuba dengan bahan yang disedikan oleh DBP.
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.198246557022524.1073741826.186677051512808&type=1

Menyelak al-Quran Helaian Demi Helaian

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bermula sejarah penurunan al-Quran kepada Rasulullah saw dengan turunnya Malaikat Jibril.Tatkala itu baginda bersendiri di Gua Hira' beribadah kepada Allah swt. Memang telah diketahui baginda tidak pernah menyembah selain Allah swt termasuklah sembahan kaum kafir ketika itu.

Berada dalam dakanpan Malaikat Jibril sudah tentu memberikan rasa terkejut pada diri Rasulullah saw. Sehinggalah baginda dapat membacakan ayat permulaan daripada surah al-Alaq ini. Inilah dia wahyu yang pertama:-


1. bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4. yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam[1589],
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

[1589] Maksudnya: Allah mengajar manusia dengan perantaraan tulis baca

Lima ayat ini membawa maksud yang sangat hebat iaitu pentingnya belajar ilmu dan kewajipan menutut ilmu atas orang Islam lelaki mahupun wanita. Di dalam hadith juga ada menyebut mengenai kewajipan menuntut ilmu.

Apakah rahsia belajar ini? Mengapa tidak disuruh dengan ibadah dahulu? Ini kerana ilmu sangat penting dalam semua perkara. Untuk membuat bangunan perlu pada ilmu. Untuk membuat kenderaaan perlu pada ilmu. Untuk menanam pokok perlu pada ilmu. Segalanya perlu pada ilmu.

Membaca merupakan asas dalam memahami sesuatu. Ayat yang diturunkan oleh Allah swt tidak dapat disangkal mengandungi kehebatannya. Bagi menjadi manusia yang disayangi oleh Allah s.w.t. adalah dengan membacanya.

al-Quran ibarat surat dari pencipta kepada hamba yang lemah. Merupakan modul bagi menghadapi kehidupan yang penuh dengan mehnah ini.  Seorang insan yang inginkan kebahagiaan sudah pasti menggunakan modul yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Bagi mendekatkan diri kepada sang pencipta maka perlu membaca al-Quran helai demi helai. Dan mentadabburnya iaitu memahaminya dengan baik.

p/s  : Bahan belajar mengaji yang menarik.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.198246557022524.1073741826.186677051512808&type=1


Sekian





KISAH DARI BUMI BARAKAH






TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.





Setiap tahun, pasti ada kisah yang menarik yang diceritakan dari bumi barakah ini. Setiap satu cerita samaada yang baik mahupun yang buruk pasti ada rahsia hikmahnya. Sebagai peringatan kepada kepada manusia.

Antara tahun 2005-2006 saya tak berapa ingat seorang sahabat saya telah menceritakan kisah yang terjadi pada dirinya ketika berada di Mekah. Suatu ketika dia sudah tidak mempunyai banyak wang. Saya sudah tidak ingat berapa riyal duit yang ada dalam poket beliau.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Kaabah dia didatangi dengan seseorang dan meminta bantuan daripadanya. Apa yang berlaku? Dia telah memberikan semua duit yang beliau ada ketika itu. Lalu terus ke Masjidil Haram.

Beliau duduk memandang Kaabah serta berzikir dan berdoa kepada Allah s.w.t. Tidak semena-mena datang seorang lelaki yang tidak dikenali memberikan wang kepadanya dan terus berlalu. Subhanallah. Maha kaya Allah taala. Sentiasa melihat hambaNya dan tahu keikhlasan hati hambaNya.

Maka benarlah sabda Nabi saw berkenaan persaudaraan antara mukmin.

Sabda Nabi saw
Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayangnya, belas kasihannya dan kemesraannya, laksana sebatang tubuh, bila salah satu anggotanya mengadu sakit, seluruh anggota yang lain sama-sama merasa demamnya dan berjaga malam.”

(Hadis riwayat Muslim)


Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta‘ala membantunya pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barangsiapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta‘ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aurat (keburukan) orang muslim, maka Allah menutupi pula keburukannya kelak di Hari Kiamat."

(Hadis riwayat Bukhari)


Sekian, semoga bermanfaat.

p/s Teknik belajar al-Quran yang sangat menarik boleh ke link ini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.198246557022524.1073741826.186677051512808&type=1



Wednesday, 18 September 2013

POHON YANG BERBARAKAH

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.








TAHUKAH ANDA POHON APAKAH INI?
PERNAHKAH ANDA MELIHAT POHON INI?
PERNAHKAH ANDA MENDENGAR CERITA MENGENAI POHON INI?


Inilah pohon yang pernah disebut di dalam sejarah perjalanan Nabi saw ketika mengikuti pakciknya Abu Talib berdagang ke Syam (Syria ).Pertama kali baginda mengembara keluar dari Mekah. Sebelum merekaaa tibaa di Syam mereka telah berhenti berhehat. Buhaira seorang paderi Kristian ketika itu melihat rombongan itu dan perasan satu kejadian pelik melihat awann mengiringi perjalanan rombongan tersebut.

Lalu beliau mennjemput kesemua ahli rombongan ke Majlis beliau. Ketika itu baginda Muhammad saw tidak ikut serta memandangkan baginda masih muda dan bagi menjaga keselamatan barang dagangan ketika itu. 

Buhaira bertanya adakah semua mereka hadir ke majllis tersebut. Mereka memberitahu ada seorang yang tidak ikut serta  iaitu Muhammad s.a.w. Setelah beberapa ketika bertanya soalan kepada Nabi Muhammad saw, Buhaira ingin melihat belakang Rasulullah dan telah ternampaklah Khatamun Nubuwwwah Buhaira ada bertanya kepada Abu Talib akan ikatan beliau dengan Muhammad s.a.w

Abu Talib mengatakan bahawa beliau adalah bapa kepada Nabi Muhammad s.a,w dan disangkal buhaira dengan mengatakan bahawa tidak sepatutnya ayahnya masih hidup . Ia diakui  oleh Abu Talib. Buhaira lalu menasihatkan agar Abu Talib pulang ke Mekah. Jika diteruskan perjalanan, kemungkinan mereka akan membunuhnya. Atas nasihat Buhaira Abu Talib mengupah orang agar membawa Nabi Muhammad kembali ke Mekah dan beliau meneruskan perjalan ke Syam menyempurnakan perniagaan beliau.

Kali kedua Nabi pergi ke Syam adalah ketika membawa barang dagangan Saidatina Khadijah seorang wanita kaya yang telah menawarkan kepada Nabi saw menguruskan perniagaannya di Syam. Ketika itu, Nabi saw telah terkenal dengan kejujuran dan keperibadian baginda yang mulia. Sekali lagi, rombongan melalui dan berhenti berehat di tempat yang sama ketika baginda keluar bersama Abu Talib pada usia baginda 12 tahun. Ketika ini, seorang paderi yang menggantikan Buhaira iaitu Natura telah melihat awan yang menaungi rombongan dari cahaya matahari. Kali ini, Nabi Muhammad saw berehat di satu pohon, dan paderi tersebut dapat melihat dan dan ranting-rantingnya bergerak menaungi Nabi Muhammad saw daripada cahaya matahari.

Berkatalah paderi tersebut kepada Maisarah ketika bertemunya untuk bertanya mengenai Nabi Muhammad saw. Natura menunjukkan kepada Maisarah pokok di mana Nabi Muhammad s.a.w berehat lalu berkata, "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

Maisarah ketika itu memang dapat melihat perkara-perkara pelik ketika bersama Nabi saw dalam perjalanan dagangan tersebut. Keuntungan yang diperolehi ketika itu juga adalah sangat lumayan berbanding dengan pedagang yang lain bahkan keuntungan yang diperolehi melebihi keuntungan sebelum ini. Nabi saw telah menyantuni manusia dengan akhlak baginda saw, kasih sayang baginda, dan keperihatinan baginda terhadap orang miskin.

Inilah dia pokok tempat Nabi saw berteduh. Alangkah hebatnya dan berkahnya pohon ini yang telah melakar namanya dalam sejarah bersama Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. Alangkah beruntungnya pohon ini yang telah bertemu dengan Nabi saw. Alangkah beruntungnya mereka yang dapat melihat dan berdamping dengan Rasulullah saw.







.

wallahu a'lam. Semoga bermanfaat.