TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Apa khabar semua? Semoga kita sentiasa sihat dan dikurniakan Allah anugerah hati yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Antara asas yang perlu diamalkan di dalam proses menjadikan diri Bijak Al-Quran adalah mempelajari bacaan Al-Quran dengan menggunakan Sistem Talaqqi
Apakah Sistem Talaqqi? Talaqqi bermaksud mempelajari al-Quran terus dari sebutan guru.Manakalah guru tersebut juga mempelajari Al-Quran secara Talaqqi dan seterusnya bersambung sehinggalah kepada bacaan Nabi Muhammad s.a.w. Pentingnya Talaqqi ini ialah bagi memperbetulkan sebutan huruf dari segi makhrajnya dan cara mendengungkan bacaan, cara saktah, cara mentebalkan huruf ro, cara memuncungkan mulut yang tidak akan dapat disempurnkan melalui pembacaan buku tajwid semata-mata. Selain itu adalah tidak digalakkan mempelajari ilmu bacaan Al-Quran hanya melalui cd interaktif atau melalui alat berteknologi terkini yang terdapat di pasaran.
Sekiranya ingin memperbetulkan bacaan al-Quran maka perlu melalui khidmat guru-guru yang berkemahiran dengan menggunakan sistem Talaqqi. Rasulullah s.a.w sendiri bertalaqqi Al-Quran dihadapan Malaikat Jibril. Kalaulah Rasulullah s.a.w bertalaqqi bacaan dihadapan Malaikat Jibril , apatah lagi kita yang masih belum mampu menyebut huruf-huruf al-Quran dengan betul. Melalui laman ini bolehlah kita belajar mengenai ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran secara teori dan selebihnya adalah perlu berjumpa dan berhadapan dihadapan guru yang layak.
Suka dicadangkan di sini agar dapatkan ijazah bacaan bersanad. Apakah Ijazah Bacaan Bersanad? Akan diterangkan dalam entry yang akan datang InsyaAllah.

Sekian , Wasalam.
Firdaos mohd rawi
No comments:
Post a Comment