Friday 21 June 2013

HURUF HIJAIYYAH & MAKHRAJ HURUF


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah. Pengenalah mengenai huruf hijaiyyah atau disebut dengan abjad Bahasa Arab. Terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan huruf hijaiyah ini.

PENDAPAT PERTAMA

Kebanyakan ulamak telah bersepakat dan menetapkan bahawa bilangan huruf  hijaiyyah  adalah sebanyak 29 huruf:



PENDAPAT KEDUA

Menurut pendapat sebahagian ulamak lagi  bilangan huruf  hijaiyyah ini adalah sebanyak 28 huruf. Mereka berpendapat bahawa huruf alif bukan huruf konsonen. Mereka berpendapat bahawa huruf alif adalah huruf mad atupun huruf vokal


Bagi yang mengatakan bahawa bilangan huruf abjad arab sebanyak 30 adalah Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (DKBM) terbitan tahun 2008 dengan memasukkan huruf ( ة ) - Ta marbutoh atau dikenali juga dengan ta bulat atau ta simpul. Selain itu, Dewan Pelajar (DP) juga menyenaraikan huruf hijaiyyah adalah sebanyak 30 huruf berbeza sedikit  dengan ( DKBM)  kerana Dewan Pelajar (DP) menyenaraikan huruf لا - Lam alif sebagai huruf dan tidak menyenaraikan ة -Ta simpul sebagai huruf. 

Secara rumusannya - 

Para Ulama' - 29 huruf
Sebahagian Ulama' - 28 huruf
Daftar Kata Bahasa Melayu-Rumi Sebutan Jawi  (DKBM) - 30 huruf dengan menambah ( ة )
Dewan Pelajar ( DP) - 30 huruf dengan menambah ( لا ).

MAKHRAJ HURUF 

Terbit   huruf-huruf tersebut daripada 5 tempat utama yang dikenali dengan makhraj huruf. Makhraj huruf  terbahagi kepada 5 bahagian yang utama  iaitu :

1. الجوف ( al-Jauf ) - Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong
2. الحلق ( al- Halqu) - Bahagian kerongkong
3. اللسان ( al-Lisaanu) - Bahagian lidah
4. الشفتان ( as-Shafataanu ) - Bahagian bibir mulut
4. الخيشوم ( al - Khoyshuumu ) - Bahagian hidung

Secara pecahannya pula terdapat sejumlah 17 makhraj huruf iaitu tempat keluar huruf.

Kelebihan orang  Melayu, ialah mampu menyebut setiap huruf abjad arab tersebut dengan baik walaupun bukan berbangsa Arab. Untuk menyebut huruf hijiyyah secara fasih memerlukan kepada latihan melalui guru yang mahir.

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi

3 comments:

  1. Terima kasih notanya. Saya Mohon izin ambil sabagai nota ya.

    ReplyDelete
  2. kenapa saya belajar jumhur ulama berpendapat huruf hijayah ada 28

    ReplyDelete