TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Alhamdulillah. Pada hari ini, dapat dilihat ramai yang berminat untuk belajar membaca al-Quran. Mungkin antara mereka ada bertanya soalan ini untuk beberapa ketika. Adakah aku boleh membaca al-Quran dengan bertajwid? Adakah bacaan al-Quran aku telah mantap? Adakah aku mampu membaca al-Quran seperti orang arab?
Jawapannya adalah boleh. Langkah yang perlu diambil adalah dengan mempelajarinya. InsyaAllah pasti boleh.
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah. Pada hari ini, dapat dilihat ramai yang berminat untuk belajar membaca al-Quran. Mungkin antara mereka ada bertanya soalan ini untuk beberapa ketika. Adakah aku boleh membaca al-Quran dengan bertajwid? Adakah bacaan al-Quran aku telah mantap? Adakah aku mampu membaca al-Quran seperti orang arab?
Jawapannya adalah boleh. Langkah yang perlu diambil adalah dengan mempelajarinya. InsyaAllah pasti boleh.
Apa Ilmu Tajwid?
Ilmu tajwid adalah ilmu yang membicarakan tentang cara-cara membaca ayat-ayat suci al-Quran menurut hukum-hukum yang tertentu dan mengucapkan huruf-huruf mengikut ketentuan asal makhrajnya dan ketentuan berturutan seperti at-tafkhim( tebal ), at-tarqiq (nipis) dan sebagainya.
Apakah Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid?
Mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah dan beramal dengannya adalah fardu ‘ain. Ini bererti membaca al-Quran mesti membaca dengan tajwid. Tapi kalau tidak belajar berkemungkinan kita tidak mampu membaca al-Quran dengan tajwid. Ia penting kerana sesiapa yang tidak membaca al-Quran dengan bertajwid maka akan menjadi berdosa. Di dalam Matan Jazari ada disebutkan :
وَالأَخْـذُ بِالتَّـجْـوِيـدِ حَـتْــمٌ لازِمُ**** مَــنْ لَــمْ يُـجَـوِّدِ الْـقُـرَآنَ آثِــمُ
لأَنَّــهُ بِـــهِ الإِلَـــهُ أَنْــــــــــــزَلاَ*** وَهَـكَـذَا مِـنْـهُ إِلَـيْـنَـا وَصَــــــلاَ
Yang membawa maksud - Dan membaca al-Quran dengan bertajwid adalah wajib. Sesiapa yang tidak membaca al-Quran secara tajwid maka dia berdosa. Kerana sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dengan tajwidnya. Dan begitulah disampaikan kepada kita.
Jadi marilah kita belajar al-Quran dengan tajwidnya. Belajar daripada guru-guru yang mempunyai kemahiran di dalam bidang al-Quran secara bertalaqqi sebagaimana Nabi s.a.w membaca al-Quran secara bertalaqqi dengan Malaikat Jibril a.s.
p/s - Jom kita mengaji al-Quran dengan bertajwid.
Sekian , Wasalam.
Firdaos mohd rawi
No comments:
Post a Comment