TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah kita perlu bersyukur kepada Allah kerana dalam ramai-ramai manusia Allah swt pilih kita menjadi antara hambaNya yang beriman. Kesyukuran juga kita panjatkan ke hadrat Allah swt kerana dalam ramai hambanya yang beriman kita antara yang terpilih menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan makhluk yang paling dikasihi dan teristimewa di sisi Allah s.w.t.
Ianya menjadi cita-cita salah seorang Nabi Ululazmi, Kalamullah iaitu Nabi Musa a.s yang telah memohon kepada Allah swt agar diizinkan menjadi ummat Nabi Muhammad s.a.w yang dikurniakan dengan kelebihan ketika melihat ke lauhimmahfuz. Kita terpilih menjadi orang yang beriman tanpa kita perlu bersusah payah. Kita tidak pernah menumpahkan darah kita , berhabisan harta kita, umur kita tetapi Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat baginda serta orang terdahulu yang telah mengorbankan segala-galanya dan kita akhirnya beriman. Alangkah ruginya sekiranya kita yang dikurniakan kelebihan ini tidak mengambil kesempatan di atas anugerah yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Kelebihan kita yang telah disaksikan oleh Nabi Musa a.s sehingga memohon kepada Allah satu permintaan agar dapat dijadikan salah seorang daripada ummat Nabi Muhammad s.a.w. Salah satu perkara agung yang telah ditinggalkan kepada kita adalah al-Quran. Kalaulah kita dapat memandang kelebihan yang Allah kurniakan dengan pandangan zahir kita, sudah pasti ramai yang tidak akan melepaskan naskhah al-Quran sehinggalah mata terlelap pejam.

Sekian , Wasalam.
Firdaos mohd rawi
No comments:
Post a Comment