Thursday, 27 June 2013

KESALAHAN BACAAN DI DALAM SURAH AL-FATIHAH

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

                         Alhamdulillah mari kita sama-sama melihat dan memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat di dalam bacaan Surah al-Fatihah. Semoga bermanfaat.






PENGENALAN



  • Mengandungi 141 Huruf Termasuk Basmalah
  • Mengandungi 29 Kalimah termasuk basmalah
  • Mengandungi 9 Izhar termasuk 4 Izhar al-Qamari 
  • Mengandungi 12 Mad Tobi’I ( 2 harakat )
  • Mengandungi 1 Mad Lazim Kalimi Muthaqqal ( 6 harakat )
  • Mengandungi 14 Tasydid termasuk 9 Tasydid 
  • al-Syamsiyah
  • Mengandungi 4 Waqaf Tam :
  • الرحيم ( بسمله ) – الدين – نستعين – الضالين 
  • Mengandungi 6 Waqaf Jaiz :
  • الحمد لله – رب العلمين – الرحيم – إياك نعبد – المستقيم – أنعمت عليهم
  • Mengandungi 13 Waqaf Qabih :
  •  (2) - الحمد – رب – الرحيم – ملك – يوم – إياك – وإياك – اهدنا – الصراط – صراط – الذين – غير – المغضوب -عليهم


Terjemahan Surah al-Fatihah

1. dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang[1].
2. segala puji[2] bagi Allah, Tuhan semesta alam[3].
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. yang menguasai[4] di hari Pembalasan[5].
5. hanya Engkaulah yang Kami sembah[6], dan hanya kepada Engkaulah Kami meminta pertolongan[7].
6. Tunjukilah[8] Kami jalan yang lurus,
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]

[1] Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah ini dengan menyebut nama Allah. Setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih hewan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membutuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membutuhkan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang Ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah Senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
[2] Alhamdu (segala puji). memuji orang adalah karena perbuatannya yang baik yang dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka memuji Allah berrati: menyanjung-Nya karena perbuatannya yang baik. lain halnya dengan syukur yang berarti: mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. kita menghadapkan segala puji bagi Allah ialah karena Allah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.
[3] Rabb (tuhan) berarti: Tuhan yang ditaati yang Memiliki, mendidik dan Memelihara. Lafal Rabb tidak dapat dipakai selain untuk Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti rabbul bait (tuan rumah). 'Alamiin (semesta alam): semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia, alam hewan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya. Allah Pencipta semua alam-alam itu.
[4] Maalik (yang menguasai) dengan memanjangkan mim,ia berarti: pemilik. dapat pula dibaca dengan Malik (dengan memendekkan mim), artinya: Raja.
[5] Yaumiddin (hari Pembalasan): hari yang diwaktu itu masing-masing manusia menerima pembalasan amalannya yang baik maupun yang buruk. Yaumiddin disebut juga yaumulqiyaamah, yaumulhisaab, yaumuljazaa' dan sebagainya.
[6] Na'budu diambil dari kata 'ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, karena berkeyakinan bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.
[7] Nasta'iin (minta pertolongan), terambil dari kata isti'aanah: mengharapkan bantuan untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan dengan tenaga sendiri.
[8] Ihdina (tunjukilah kami), dari kata hidayaat: memberi petunjuk ke suatu jalan yang benar. yang dimaksud dengan ayat ini bukan sekedar memberi hidayah saja, tetapi juga memberi taufik.
[9] Yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.



KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN

Ayat yang pertama :





1 - Kebiasaannya berlaku kesalahan pada sebutan bismillah ialah dengan membacanya dengan besmillahi

2 - Kesalahan pada huruf sin yang bertanda mati / sukun ialah  tidak mematikan huruf sin dengan betul sehingga menjadi seperti bacaan qalqalah. bisemillahi.

3 - Kesalahan yang berlaku pada kalimah arrahim ialah mematikan huruf ha dengan tidak sengaja sebelum membacanya dengan baris bawah


Ayat yang kedua :








1 - Berlaku kesalahan pada bacaan الحمد apabila menyambung bacaan ayat pertama dengan kedua dengan membariskan hamzah wasal dengan baris atas .

2 - Berlaku kesalahan dengan tidak mematikan huruf lam alhamdulillah dengan sempurna menjadi bacaan qalqalah alehamdulillahi.

3 - Membaca huruf ع pada kalimah العلمين seperti huruf alif.

AYAT YANG KETIGA DAN KEEMPAT




1- Pada ayat ketiga kesalahan yang berlaku adalah sama seperti dalam ayat yang pertama.

2- Pada ayat keempat surah al-Fatihah, berlaku kesalahan pada bacaan maaliki, iaitu melakukan kesalahan dengan memanjangkan bacaan tersebut melebihi dua harakat.


AYAT KELIMA


1- Berlaku kesalahan pada bacaan tasydid / sabdu pada huruf ya. Kesalahan tidak membacanya dengan tasydid yang betul.

2-Menukar huruf ain pada kalimah nastain kepada huruf alif

3- Membaca huruf ta pada kalimah nastain dengan tebal

AYAT KEENAM



1 - Melakukan kesalahan ketika membaca huruf sod kepada huruf sin dalam kalimah Siroto. Sepatutnya membaca dengan huruf sod.

2- Melakukan kesalahan pada huruf lam dalam kalimah almustaqim iaitu membacanya dengan tebal. Perlu dibaca dengan nipis.

3- Huruf ta pada kalimah mustaqim terdapat kesalahan bacaaan iaitu dengan membacanya dengan tebal.


AYAT KETUJUH 



1- Kesalahan yang biasa dilakukan pada ayat yang ketujuh ini ialah tertukar huruf sod dalam kalim siroto kepada huruf sin.

2- Kesalahan pada huruf nun yang bertanda mati dalam kalimah an'amta dengan tidak mematikan huruf nun secara sempurnya dan melakukan kesalahan dengan membaca seperti qalqalah.

3- Kesalahan menukar huruf ain kepada huruf alif pada bacaan an'amta. 

4- Kesalahan dalam menebalkan bacaan huruf ghain pada kalimah mahgdhubi  dan tidak mematikan bacaan sehingga bacaan menjadi seperti qalqalah.

5- Pada huruf dhod di dalam kalimah walad dhollin kesalahan yang berlaku adalah tidak menyempurnakan sifat huruf dhod iaitu istitolah.

6-  Membaca mad lazim dengan harakat yang kurang daripada enam harakat.





Ini adalah bacaan al-Fatihah pilihan penulis. Begitu menusuk jiwa.
Bacaan oleh - Syeikh Fahd al Kanderi

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi






Ya Allah Permudahkanlah Urusan Kami


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



                    Alhamdulillah di atas segala kurniaan nikmat daripada Allah s.w.t
Selepas beberapa ketika negara kita dilanda jerebu, kita perlu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah di atas bantuan yang telah dikurniakan kepada kita dengan menurunkan hujan. Memang kita tidak mampu dan memang kita perlu memohon kepada Allah. Sungguh kita insan kerdil.

                   Sudah agak lama saya tidak dapat menumpukan penulisan saya mengenai Bijak al-Quran atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan .Perlu menyelesaikan tugasan yang penting terlebih dahulu.Minggu  Lepas Bekerjasama Dengan Guru Untuk Kem Motivasi dan Klinik UPS.Kemudian perlu menghadiri mesyuarat. Perlulah kita akui " alwajibat aktharu minalauqot" kewajipan adalah lebih banyak daripada masa.

                      Tetapi  bila kita melihat sejarah salafussoleh seperti sejarah imam-imam besar seperti Imam Syafie, Imam al-Ghazali dan ramai lagi telah menulis kitab-kitab yang hebat dengan berjilid-jilid. Imam Nawawi sebagai contoh walaupun umurnya tidak melebihi 45 tahun tetapi telah mengarang kitab- kitab yang menjadi rujukan pada hari ini.Umur beliau diberkati. Semoga Allah memberkati masa kita, umur kita dan menjadikan kita mudah melakukan amal kebaikan. Ya Allah permudahkanlah urusan kami.








p/s : Sempat juga hamba Allah ini menulis al-Quran di atas telur. Hebat-hebat!

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi


Sunday, 23 June 2013

KEPENTINGAN TALAQQI


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

              Sebaik-baik cara amalan yang perlu kita ikuti ialah dengan mengikut cara Rasulullah s.a.w yang merupakan insan pilihan dan kekasih Allah s.w.t. Begitu juga di dalam pembelajaran al-Quran, kita tidak boleh lari daripada kaedah asal yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

             Di dalam kitab Ulumulquran ( ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran ) telah menerangkan bahawa penurunan al-Quran  berlaku di dalam tiga peringkat.

Peringkat pertama - Penurunan al-Quran daripada Allah s.w.t ke Lauh Mahfuz secara keseluruhan.

Peringkat kedua - Penurunan al-Quran daripada Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah ( Langit Dunia )                                  secara keseluruhan.

Peringkat ketiga - Penurunan al-Quran daripada Baitul Izzah kepada Rasulullah s.a.w melalui Malaikat Jibril yang ditugaskan membawa wahyu kepada para utusan Allah s.w.t. Pada peringkat ini, al-Quran tidak diturunkan secara keseluruhan bahkan ia diturunkan secara beransur-ansur mengikut keadaan tertentu samaada melalui peristiwa yang berlaku, soalan kepada Rasulullah s.a.w dan sebagainya. Pada peringkat ini berlaku proses Talaqqi antara Rasulullah s.a.w dan Malaikat Jibril a.s.

Seterusnya proses talaqqi berlaku antara Rasulullah s.a.w dengan para sahabat baginda. Mereka mendengar dan mengambil bacaan secara musyafahah daripada Rasulullah s.a.w.. Begitulah sunnahnya cara pengambilan bacaan al-Quran.

Proses ini berlaku seterusnya antara sahabat-sahabat kepada para tabien dan seterusnya sehinggalah pada zaman ini. Di negara-negara Timur Tengah khususnya kelas-kelas serta halaqah al-Quran dijalankan dengan kaedah talaqqi musyafahah agar pembacaan al-Quran terpelihara dengan baik dari segi tajwid.

           Inilah asas yang penting di dalam proses untuk menjadi Bijak Al-Quran ialah menggunakan cara dan teknik yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Salah satu sistem yang tidak boleh tidak mesti digunakan ialah Sistem Talaqqi.

           Talaqqi ialah mempelajari Al-Quran secara berhadapan dengan guru yang mahir. Guru tersebut juga mempelajari Al-Quran secara talaqqi dan merantai berkesinambungan sampai kepada Rasulullah s.a.w. Walaupun kecanggihan zaman ini mampu melahirkan "guru-guru elektronik" ia tidak cukup bagi melahirkan Qari yang sempurna bacaannya.

Kesimpulannya kaedah Talaqqi adalah kaedah terbaik bagi mempelajari al-Quran. 

p/s : Rasulullah s.a.w bertalaqqi dengan Malaikat Jibril membaca keseluruhan al-Quran sekali setiap tahun pada setiap bulan Ramadhan. Pada akhir hayat baginda, baginda membaca dua kali al-Quran pada akhir hayat baginda di bulan Ramadhan.

Sekiranya anda berminat untuk talaqqi al-Quran secara bersanad saya serta beberapa sahabat bersedia membantu melalui program Talaqqi Al-Quran Bersanad anjuran Shubra Concultancy. Semoga bermanfaat.

Firdaos mohd rawi

Friday, 21 June 2013

HURUF HIJAIYYAH & MAKHRAJ HURUF


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah. Pengenalah mengenai huruf hijaiyyah atau disebut dengan abjad Bahasa Arab. Terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan huruf hijaiyah ini.

PENDAPAT PERTAMA

Kebanyakan ulamak telah bersepakat dan menetapkan bahawa bilangan huruf  hijaiyyah  adalah sebanyak 29 huruf:



PENDAPAT KEDUA

Menurut pendapat sebahagian ulamak lagi  bilangan huruf  hijaiyyah ini adalah sebanyak 28 huruf. Mereka berpendapat bahawa huruf alif bukan huruf konsonen. Mereka berpendapat bahawa huruf alif adalah huruf mad atupun huruf vokal


Bagi yang mengatakan bahawa bilangan huruf abjad arab sebanyak 30 adalah Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua (DKBM) terbitan tahun 2008 dengan memasukkan huruf ( ة ) - Ta marbutoh atau dikenali juga dengan ta bulat atau ta simpul. Selain itu, Dewan Pelajar (DP) juga menyenaraikan huruf hijaiyyah adalah sebanyak 30 huruf berbeza sedikit  dengan ( DKBM)  kerana Dewan Pelajar (DP) menyenaraikan huruf لا - Lam alif sebagai huruf dan tidak menyenaraikan ة -Ta simpul sebagai huruf. 

Secara rumusannya - 

Para Ulama' - 29 huruf
Sebahagian Ulama' - 28 huruf
Daftar Kata Bahasa Melayu-Rumi Sebutan Jawi  (DKBM) - 30 huruf dengan menambah ( ة )
Dewan Pelajar ( DP) - 30 huruf dengan menambah ( لا ).

MAKHRAJ HURUF 

Terbit   huruf-huruf tersebut daripada 5 tempat utama yang dikenali dengan makhraj huruf. Makhraj huruf  terbahagi kepada 5 bahagian yang utama  iaitu :

1. الجوف ( al-Jauf ) - Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong
2. الحلق ( al- Halqu) - Bahagian kerongkong
3. اللسان ( al-Lisaanu) - Bahagian lidah
4. الشفتان ( as-Shafataanu ) - Bahagian bibir mulut
4. الخيشوم ( al - Khoyshuumu ) - Bahagian hidung

Secara pecahannya pula terdapat sejumlah 17 makhraj huruf iaitu tempat keluar huruf.

Kelebihan orang  Melayu, ialah mampu menyebut setiap huruf abjad arab tersebut dengan baik walaupun bukan berbangsa Arab. Untuk menyebut huruf hijiyyah secara fasih memerlukan kepada latihan melalui guru yang mahir.

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi

Thursday, 20 June 2013

Amalan Surah al-Kahfi

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Syukur sekali lagi kehadrat Ilahi kerana masih memberikan kesempatan kepada kita. Marilah rebut peluang yang masih diberikan ini. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang menyesal nanti di akhirat sana. Amin.

Pada hari yang penuh barakah ini, penghulu hari ini ,
Hari Jumaat marilah kita bersama-sama mengamalkan membaca salah satu surah yang menjadi amalan oleh salafussoleh. 




Apakah kelebihan Surah al-Kahfi ini?
Salah satunya adalah seperti yang disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w di dalam sebuah hadith:


قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر
Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)

قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali Jumaat. (H.R Hakim didalam Mustadrak)

Semoga kita dapat mengamalkan membaca surah al-Kahfi pada hari ini dan lebih sempurna kalau dibaca dengan tajwid yang tepat.

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi

Wednesday, 19 June 2013

BELAJAR SECARA TALAQQI

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

           Apa khabar semua? Semoga kita sentiasa sihat dan dikurniakan Allah anugerah hati yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Antara asas yang perlu diamalkan di dalam proses menjadikan diri Bijak Al-Quran adalah mempelajari bacaan Al-Quran dengan menggunakan Sistem Talaqqi

         Apakah Sistem Talaqqi? Talaqqi  bermaksud mempelajari al-Quran terus dari sebutan guru.Manakalah guru tersebut juga mempelajari Al-Quran secara Talaqqi dan seterusnya bersambung sehinggalah kepada bacaan Nabi Muhammad s.a.w. Pentingnya Talaqqi ini ialah bagi memperbetulkan sebutan huruf dari segi makhrajnya dan cara mendengungkan bacaan, cara saktah, cara mentebalkan huruf ro, cara memuncungkan mulut yang tidak akan dapat disempurnkan melalui pembacaan buku tajwid semata-mata. Selain itu adalah tidak digalakkan mempelajari ilmu bacaan Al-Quran hanya  melalui cd interaktif  atau melalui alat berteknologi terkini yang terdapat di pasaran.

        Sekiranya ingin memperbetulkan bacaan al-Quran maka perlu melalui khidmat guru-guru yang berkemahiran dengan menggunakan  sistem Talaqqi. Rasulullah s.a.w sendiri bertalaqqi Al-Quran dihadapan Malaikat Jibril. Kalaulah Rasulullah s.a.w bertalaqqi bacaan dihadapan Malaikat Jibril , apatah lagi kita yang masih belum mampu menyebut huruf-huruf al-Quran dengan betul. Melalui laman ini bolehlah kita belajar mengenai ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran secara teori dan selebihnya adalah perlu berjumpa dan berhadapan dihadapan guru yang layak.

              Suka dicadangkan di sini agar dapatkan ijazah bacaan bersanad. Apakah Ijazah Bacaan Bersanad? Akan diterangkan dalam entry yang akan datang InsyaAllah.

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi

Ulamak-Ulamak Qiraat


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Berikut adalah senarai Imam-Imam Qiraat.

Nama Imam : Nafie’ Al-Madani
Perawi :
1- Qalun
2- Warsh

Nama Imam  : Ibnu Kathir Al-Makki
Perawi:
1- Al-Bazzi
2- Qunbul

Nama Imam  : Abu Amir Albasri
Perawi:
1- Adduri
2- Assusi

Nama Imam  : Ibnu Amir Assyami
Perawi:
1- Hisyam
2- Ibnu Zakwan

Nama Imam  : A’sim
Perawi:
1- Syu’bah
2- Hafs ( KITA MEMBACA MENGIKUT BACAAN BELIAU)

Nama Imam  : Hamzah
Perawi :
1- Khalaf
2- Khallad

Nama Imam  : Alkisai Alkufi
1- Abul Harith
2- Adduri

Nama Imam  : Abu Ja’far Almadani
Perawi:
1- Ibnu Wardan
2- Ibnu Jammaz

Nama Imam : Ya’kub
Perawi : 
1- Ruwais 
2- Rauh

Nama Imam : Khalaf 
Perawi :
1- Ishak
2- Idris

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi

Tuesday, 18 June 2013

Asas 1 - Tahsin Surah Fatihah

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
                 
  Langkah belajar yang paling asas sebelum memulakan pelajaran secara teori di laman ini ialah, memperbetulkan bacaan Surah al-Fatihah. Ianya penting kerana Surah Al-Fatihah merupakan salah satu rukun di dalam solat. Sekiranya bacaan Surah Al-Fatihah tidak sempurna dikhuatiri solat juga tidak sempurna dan malang kalau ianya tidak diterima oleh Allah s.w.t. Perlu diberi penekanan  terlebih dahulu terhadap kalimah-kalimah dan kesalahan yang biasa dilakukan di dalam Surah Al-Fatihah.

Perbetulkan bacaan melalui guru yang membuat pengkhususan dalam bidang ini. Di sini saya kongsikan video bacaan al-Fatihah daripada
As-Syeikh Al-Qari Muhammad Kuraim Ar-Rajih / syeikh Qurra' ( Ketua Ulama Al-Quran ), pakar rujuk Qiraat sedunia. Bacaan bersanad sampai kpd Rasulullah SAW.

Boleh klik sini

https://www.facebook.com/photo.php?v=469986899767353&set=vb.100002681428980&type=2&theater


Adakah Bijak Tajwid Suatu Kewajipan?


         TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

  Alhamdulillah. Pada hari ini, dapat dilihat ramai yang berminat untuk belajar membaca al-Quran. Mungkin antara mereka ada bertanya soalan ini untuk beberapa ketika. Adakah aku boleh membaca al-Quran  dengan bertajwid? Adakah  bacaan al-Quran aku telah mantap? Adakah aku mampu membaca al-Quran seperti orang arab?
Jawapannya adalah boleh. Langkah yang perlu diambil adalah dengan mempelajarinya. InsyaAllah pasti boleh.

Apa Ilmu Tajwid?

     Ilmu tajwid adalah ilmu yang membicarakan tentang cara-cara membaca ayat-ayat suci al-Quran menurut hukum-hukum yang tertentu dan mengucapkan huruf-huruf mengikut ketentuan asal makhrajnya dan ketentuan berturutan seperti at-tafkhim( tebal ), at-tarqiq (nipis) dan sebagainya.

 Apakah Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid?

     Mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah dan beramal dengannya adalah fardu ‘ain. Ini bererti membaca al-Quran mesti membaca dengan tajwid. Tapi kalau tidak belajar berkemungkinan  kita tidak mampu membaca al-Quran dengan tajwid. Ia penting kerana sesiapa yang tidak membaca al-Quran dengan bertajwid maka akan menjadi berdosa. Di dalam Matan Jazari ada disebutkan :

وَالأَخْـذُ بِالتَّـجْـوِيـدِ حَـتْــمٌ لازِمُ**** مَــنْ لَــمْ يُـجَـوِّدِ الْـقُـرَآنَ آثِــمُ
لأَنَّــهُ بِـــهِ الإِلَـــهُ أَنْــــــــــــزَلاَ*** وَهَـكَـذَا مِـنْـهُ إِلَـيْـنَـا وَصَــــــلاَ

Yang membawa maksud - Dan membaca al-Quran dengan bertajwid adalah wajib. Sesiapa yang tidak membaca al-Quran secara tajwid maka dia berdosa. Kerana sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dengan tajwidnya. Dan begitulah disampaikan kepada kita.

Jadi marilah kita belajar al-Quran dengan tajwidnya. Belajar daripada guru-guru yang mempunyai kemahiran di dalam bidang al-Quran secara bertalaqqi sebagaimana Nabi s.a.w membaca al-Quran secara bertalaqqi dengan Malaikat Jibril a.s.

p/s - Jom kita mengaji al-Quran dengan bertajwid.

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi

Monday, 17 June 2013

Kita Sangat Bertuah

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

        Alhamdulillah kita perlu bersyukur kepada Allah kerana dalam ramai-ramai manusia Allah swt pilih kita menjadi antara hambaNya yang beriman. Kesyukuran juga kita panjatkan ke hadrat Allah swt  kerana dalam ramai hambanya yang beriman kita antara yang terpilih menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan makhluk yang paling dikasihi dan teristimewa di sisi Allah s.w.t.

         Ianya menjadi cita-cita salah seorang Nabi Ululazmi, Kalamullah iaitu Nabi Musa a.s yang telah memohon kepada Allah swt agar diizinkan menjadi ummat Nabi Muhammad s.a.w yang dikurniakan dengan kelebihan ketika melihat ke lauhimmahfuz. Kita terpilih menjadi orang yang beriman tanpa kita perlu bersusah payah. Kita tidak pernah menumpahkan darah kita , berhabisan harta kita, umur kita tetapi Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat baginda serta orang terdahulu yang telah mengorbankan segala-galanya dan kita akhirnya beriman. Alangkah ruginya sekiranya kita yang dikurniakan kelebihan ini tidak mengambil kesempatan di atas anugerah yang telah Allah kurniakan kepada kita.

           Kelebihan kita yang telah disaksikan oleh  Nabi Musa a.s  sehingga memohon kepada Allah satu permintaan agar dapat dijadikan salah seorang daripada ummat Nabi Muhammad s.a.w. Salah satu perkara agung yang telah ditinggalkan kepada kita adalah al-Quran. Kalaulah kita dapat memandang kelebihan yang Allah kurniakan dengan pandangan zahir kita, sudah pasti ramai yang tidak akan melepaskan naskhah al-Quran sehinggalah mata terlelap pejam.

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi

Sunday, 16 June 2013

Siapa Saya?



TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

bijak alquran dan tajwid


TENTANG SAYA


          Nama saya Firdaos bin Mohd Rawi. Ayah saya berasal dari Ramuan China Besar, Melaka. Ibu saya berasal dari Pekan, Pahang.Lahir di Tumpat Kelantan. Sentiasa berhijrah mengikut ayah saya yang merupakan seorang pesara polis. Saya membesar di Selangor. Pernah menetap di Selayang, Sekinchan, dan di  Shah Alam, Selangor.

       Pendidikan saya bermula di SRK Sri Sekinchan. Pernah bersekolah di SK Seksyen 19, Shah Alam, SAMT Tengku Ampuan Jemaah, SAMT Kuala Kubu Bharu, SAM Batu 10 Cheras. Selepas tamat sekolah menengah, saya menyambung pengajian saya di dalam bidang al-Quran di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

     Selepas tiga tahun di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, dengan berbekalkan Diploma Tahfiz al-Quran daripada JAKIM, saya menyambung pengajian peringkat ijazah di Maahad Qiraat di Universiti al-Azhar, Mesir. Bumi ambiyak ini kaya dengan ilmu dan bilangan ulamak sangat ramai. Bayangkan guru yang mengajar di sekolah kebiasaannya mempunyai Master dalam dua bidang yang berlainan. Para alim ulamak bukan sekadar menghafaz al-Quran tetapi menguasai disiplin ilmu yang lain.

  Al-Quran menyebut "ادخلوها بسلام ءامنين" (masuklah ke dalamnya ( Mesir ) dengan keadaan selamat sejahtera dan aman )

    Selepas menamatkan  pengajian saya pulang ke tanah air. Bersama beberapa orang sahabat memohon menjadi pensyarah jemputan di  Darul Quran, JAKIM. Selain itu saya juga bertugas sebagai guru agama di Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu. Sekolah tersebut terletak di tengah bandar Kuala Kubu Bharu.
Selama lebih kurang setahun saya menetap di Kuala Kubu Bharu saya telah ditawarkan untuk mengambil Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Islam, Bangi.

    Menyentuh tentang bisnes, mak saya merupakan seorang suri rumah. Tibanya bulan Ramadhan mak pasti sibuk membuat kuih untuk dijual kepada kawan-kawan dan keluarga yang menempah. Kuih tart nenas antara kegemaran pelanggan ketika itu. Saya  membantu mak menjual kerepek kentang dan bawang di sekolah.  Selama saya di Mesir pernah juga membawa pulang barangan daripada Mesir seperti al-Quran, minyak wangi dan lain-lain untuk dijual kepada rakan-rakan yang berada di Maahad.                 
               
     Bidang pengkhususan saya adalah Al-Quran. Kini terlibat dengan beberapa kursus dan kem tahsin al-Quran dan farhu ain. Bersama dengan sahabat saya, kami telah membuka pusat pengajian al-Quran al-Baghdadi bagi membantu masyarakat dalam pembacaan al-Quran. Selain itu saya juga mempunyai kemahiran dalam bidang ict.

    Buku-buku berbentuk motivasi, bisnes dan keagamaan merupakan bahan bacaan yang saya suka dan perlu baca. 

      Berikut adalah laman blog saya http://firdaosmohdrawi.blogspot.com

          Setelah beberapa tahun tertangguh niat saya untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain saya kira sudah sampai masanya saya menulis. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Puan Masayu Ahmad. Baliau merupakan insan gigih yang sudi memberikan ilmu berkaitan penulisan ini kepada saya. Semoga ilmunya yang bernilai itu mampu untuk saya kuasai dengan baik.

Matlamat Jangka Panjang

       Bijak al-Quran dan Bijak Tajwid adalah permulaannya. Namun begitu semoga Allah swt sentiasa memberikan jalan dan kemudahan. Semoga saya mampu untuk terus menapak di dunia penulisan ini. Diharapkan agar perkongsian di sini sedikit sebanyak membantu pembaca melalui blog  Bijak Quran & Tajwid ini. Semoga Allah memberkati usaha yang sedikit ini dan kepadaNya jualah dipohon hidayah dan jalan kemudahan.

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi