Friday 23 November 2018

SEKOLAH CINA

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi 


Selepas berjaya dengan bergaya di Tabika Kemas Sri Sekinchan saya tak sabar nak sambung ke tahun satu di SRK Sri Sekinchan. Ketika itu, abang kedua saya juga bersekolah darjah 5 di situ.


"Pergi sekolah Cina."

Berkerut sedikit dahi saya ketika itu. Bukan kerana takut, tapi tidak berapa faham sebenarnya. 

Semua buku dan kelengkapan dah beli dan saya rela berpisah dengan kawan-kawan tadika saya ketika itu. 

Nak lawan pun tak boleh kan. Kita ikut sahaja. Dan pada hari itu, pertama kali masuk ke sekolah itu. Saya tidak faham apa yang dicakapkan. Saya masih ingat dengan jelas pemandangan di kelas saya ketika itu. 

Saya duduk di tengah kelas bersebelahan dengan seorang murid Melayu perempuan ketika itu. 

Ketika rehat saya tidak ke kantin. Entah kenapa ketika itu, saya seolah mengerti yang saya tak boleh makan di situ. Saya hanya makan bekal yang arwah Mak sediakan.


Tak lama saya di situ. Saya asyik fikir macamana aku nak lari dari sekolah ni. Geli hati juga bila terkenang pasal itu.

Ketika itu saya ke sekolah dengan menaiki kereat yang dihantar oleh wak juah. Seingat saya itulah namanya. 

Satu hari, ketika balik dari sekolah, saya tidak nampak kereta wak. Dan entah kenapa saya ambil keputusan untuk balik sendiri. 

Bayangkan saya ketika itu umur 7 tahun berlari balik. Apa agaknya arwah emak saya rasa ketika itu? Maafkan saya mak. 

Untuk balik saya perlu melintas jalan besar. Dan saya berjaya sampai juga ke rumah. 

Dan ketika itulah, saya berterus terang kepada ayah yang saya tidak mahu ke sekolah itu. Kenapa?

Alasan itu saya simpan sendiri ya. Apapun walau ayah agak kecewa dengan kehendak saya, akhirnya saya dapat berjumpa kembali dengan kawan-kawan saya ketika di Tadika Kemas.

Mereka juga terkejut melihat saya masuk ke dalam kelas. Nizam, Boy dan Ibrahim antara kawan yang saya ingat namanya walaupun sudah berpuluh tahun tidak berjumpa.


Imam Hafs
 

No comments:

Post a Comment